Latest Stories


Biodata:
Nama Sebenar: Syed Mohd Amin Syed Hashim
Tarikh Lahir: 27 February 1954
Asal: Batu Pahat, Johor
Nama Isteri: Junaidah Johari (bekas anggota kumpulan Ideal Sisters)
Bil. Anak: 3 orang perempuan

Lirik-lirik nukilannya bukan sahaja kena dengan melodi lagu yang digubah tetapi ia juga menampilkan mesej-mesej yang mendalam maksudnya mengikut pemahaman yang berbeza daripada para pendengarnya.

Malah, penulis lirik dan pelukis berusia 57 tahun ini tidak menafikan kebanyakan lirik garapannya berlandaskan pengajian ilmu tasauf yang boleh mengaitkan seorang hamba dengan pencipta-Nya.

"Kebanyakan lirik lagu ciptaan saya sedikit sebanyak menampilkan unsur-unsur sufisme dan tasauf atau sekarang ini ia lebih dikenali sebagai ketuhanan. Mungkin ramai yang tidak perasan dengan mesej itu.

"Ini kerana ramai yang beranggapan lirik-lirik tulisan saya bertemakan kisah cinta. Tetapi sebenarnya, ia rasa kecintaan yang lebih tinggi antara manusia dan Tuhan. Elemen itu ada dalam setiap diri manusia.

"Cuma ramai yang tidak tahu atau sengaja tidak mahu ambil tahu akan hakikat tersebut," katanya kepada S3 sewaktu berkunjung ke rumahnya di Bandar Baru Selayang, Selangor baru-baru ini.

Pendekatan anak seni berasal dari Batu Pahat, Johor ini dapat dilihat menerusi judul lirik hasil ilhamnya, Umpama Mimpi Dalam Mimpi yang dipopularkan oleh kumpulan Damasutra pada tahun-tahun 1990-an.

S. Amin Shahab atau nama sebenarnya Syed Mohd. Amin Syed Hashim berkata, judul lirik seperti itu bukan setakat unik tetapi ia turut mengandungi maksud-maksud yang mendalam penghayatannya.

"Lirik Suci Dalam Debu misalnya, mempunyai maksud yang mendalam di mana ia juga berunsurkan ketuhanan. Di Indonesia para peminat menggelar lagu itu dengan gelaran lagu tayamum.

"Saya tulis lirik itu dalam masa 30 minit. Mesej lagu itu berdasarkan pengalaman dan pemahaman saya dalam ilmu tasauf yang saya pelajari selama ini," ujarnya mengungkap cerita di sebalik lagu itu.

                                                                                        [Abdul Aziz Itar - Utusan Malaysia 14 Mei 2011]


Senarai Lagu yang telah di Tulis oleh S Amin Shahab:


Tajuk Lagu Penyanyi
Sekuntum Mawar Merah Sebuah Puisi Alleycats
Setahun Sudah Berlalu Alleycats
Asyik Damasutra
Seribu Bayangan Damasutra
Umpama Mimpi dalam Mimpi Damasutra
Cinta Tujuh Keramat Data
Teratai Layu Di Tasik Madu Fauziah Latiff
Usah Teruskan Headwind
Kenalan Baru Headwind
Suci Dalam Debu Iklim
Di Pintu Mahligai Iklim
Selamat Tinggal Penderitaan Iklim
Kekasih Awal Dan Akhir Jamal Abdillah
Penghujung Rindu Jamal Abdillah
Melukis Matahari Joey
Bukan Senang Nak Senang Kembara
Hujan Rindu Kembara
Gadis Berpurdah Hitam Kembara
Mencurah Janji Di Daun Keladi Kembara
Panaroma Jingga Kembara
Ku Dihalaman Rindu Lefthanded
Keroncong Untuk Ana M Nasir
Di Balik Cermin Mimpi M Nasir
Pelukis M Nasir
Tanti M Nasir
Dedaun Masa M Nasir
Ghazal Untuk Rabiah M Nasir & Jamal Abdillah
Sekuntum Bunga Sakura Di Gurun Sahara Mega
Masih Ada Odyssey
Langit Dan Bumi Search
Mencari Sebuah Nama Search
Pada Satu Kedudukan Search
Tumbuk Rusuk Search
Bayangan Baiduri Search
Semalam semalam Yunizar Hussein




Lakonan S Amin Shahab dlm Filem Rock 2005:




Artikel lain:
UTUSAN
HMETRO

Jika ada sesiapa yg ingin menambah senarai lagu yg ditulis oleh S Amin Shahab, sila komen diruang yg disediakan. Terima Kasih.

Tag:
koleksi lagu s amin shahab
koleksi lagu s.amin shahab
penulis lirik
bahasa puitis
penulis lirik ternama
hakikat
lagu s amin shahab

Categories: , , ,

10 Responses so far.

  1. Unknown says:

    tambahan: Semua lagu dalam Album Drama Kehidupan (Alleycats).

  2. Ways-Warkah buat Kekasih...hehe

  3. Yaya says:

    1.Ideal Sister's - air dan api
    2.Sharifah Aini - qhasidah di jabal rahmah
    3.Seha - seloka cinta remaja
    4.Search - kejora
    5.Spider - permataku suria
    6.Chris Vadham - hanya nyanyian dalam sepi
    7.Aishah - selanjur bercinta
    8.Kopratasa - pelita kecil
    9.M.Nasir - cinta sepi
    10.Ramlah Ram - madah dan kerenah
    11.Ekamatra - hanya suatu persinggahan
    12.Lefthanded - ku kehilangan cinta 3 dimensi

  4. kuchalana says:

    DENGAN KALIMAH YANG SATU - KEMALA

  5. Unknown says:

    Aku teriba pula nk baca kisah A amin shahab.semenjak kwn bagi whatsapp pasal lagu suci dlam debu yg viral kt whatsapl.suka dgn lirik dan maksud sebanar yg terkandung dlam lagu2 beliau..

  6. Unknown says:

    Assalammualaikum.. buat penggemar lagu ketuhanan, rohani, hakikat.. boleh dengar dan pahami maksudnya di

    https://m.youtube.com/user/jackzgoras

  7. bahlol says:

    mohon informasi untuk penulis lirik lagu MAHLIGAI SERIBU MIMPI itu siapa ya..? saya sangat berkesan dengan lirik lagu tersebut.terima kasih

  8. azlan says:
    This comment has been removed by the author.
  9. azlan says:

    Azida NS
    http://djzekrimanisfm.blogspot.com/2009/12/ingatkah-anda-lagi-dengan-dj-dan.html?m=1

  10. Unknown says:

    lagu wings pun ada.. pengabdian ku kekasih

Leave a Reply

    Statistik

    free counters

    Jom Daftar!